Thursday, October 30, 2008

Mutiara Minda : Teringat Pesan Ayah

"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan

ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan

dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik

sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal

dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih

mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.

Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah

kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang

tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!!

Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?

Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,STPM, PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ...

* kita yakin semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela

kita di hari akhirat?

Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!

Siapa kita....????

Wallahu'alam - JKIM :

ibu utama

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yang tidak melakukan sholat pada :

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran:

Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

Dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba, seseorang itu perlu sakinah (ketenangan), cinta-kasih (mawaddah) dan rahmah.

Maksud hadith Nabi SAW - Tiga kunci kebahagiaan

o Isteri solehah (yang bila dipandang bertambah sayang, bila bepergian merasa aman kerna dia menjaga kehormatannya)

o Kenderaan yang baik

o Rumah yang damai, penuh kasih sayang

Kata Saidina Ali: Kebaikan dunia (fiddunya hasanah) bermaksud isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh.

Katanya lagi: Ketika aku memandangnya (isteri solehah), hilanglah kesusahan dan kesedihanku.

KONSEP / ASAS KELUARGA BAHAGIA

Rumahtangga bahagia tidak bersandar kepada fizikal dan material semata-mata - tetapi didirikan atas dasar agama yang sempurna.

Asas kebahagiaan keluarga merangkumi aspek-aspek berikut:

o Iman / aqidah yang kukuh

o Amal Ibadah yang mantap

o Kehidupan secara sunnah

o Akhlak suci Nabi SAW

HUBUNGAN SUAMI-ISTERI BAHAGIA

Suami menikahi isteri dengan amanah Allah.

Keindahan rumahtangga bahagia, hubungan mesra dan cinta kasih tidak seharusnya dijuruskan kepada pertalian seksual semata-mata, tetapi diwarnakan dengan bual mesra, usik-mengusik, sentuhan, cubit-cubitan, pelukan dan juga memberi hadiah kecil-kecilan.


Antara hikmat perkahwinan :

o Perintah Allah / sunnah Rasulullah

o Penghubung zuriat soleh untuk taat pada Allah

o Menjaga kesucian zuriat / keturunan manusia

o Platform manyalurkan kasih sayang serta tuntutan fitrah insan

o Isteri solehah merupakan penglipur mata, penenang jiwa

o Memberi kekuatan psikis kepada suami

T-JAWAB SUAMI KEPADA ISTERI

o Menerima nikah sebagai amanah Allah

o Menberi rezeki yang halal dan sederhana

o Kehidupan yang selesa

o Tarbiah / didikan agama yang sempurna

o Nasihat yang baik / lemah lembut

o Belaian kasih sayang

o Menjaga hati dan perasaan

o Memenuhi tuntutan zahir batin

T-JAWAB ISTERI KEPADA SUAMI

o Taat dan hormat

o Menjaga maruah dan harta benda

o Menjaga nama baik keturunan suami

o Menggembirakan hati

o Sentiasa bermanis muka

o Berhias diri dan kecantikan (untuk suami sahaja)

o Sentiasa bersedia melayan suami sebilang masa

o Redza dengan apa yang ada

o Tidak meninggi suara / pandangan mata

o Tidak menuntut yang diluar kemampuan suami

o Mendapat keizinan suami untuk melaksanakan apa sahaja selain dari yang wajib

T-JAWAB AYAH KEPADA ANAK

o Mencari ibu dari kalangan wanita solehah

o Memberikan nama yang baik

o Bercukur / akikah

o Rezeki yang halal dan sederhana

o Kehidupan yang selesa

o Tarbiah / didikan agama yang sempurna

o Pendidikan yang perlu / relevan

T-JAWAB ANAK KEPADA IBU-AYAH

o Taat pada semua perintah (tidak bertentangan syariat)

o Menjaga nama baik keluarga / keturunan

o Berusaha mencapai hasrat / cita-cita ibu ayah

AMALAN RUMAHTANGGA BAHAGIA

Amalan rumahtangga bahagia mesti dicontohkan kepada amalan rumahtangga Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda r.a

o Solat / Sembahyang

o Solat kaum lelaki di masjid

o Solat kaum wanita di rumah pada awal waktu

o Peringatan dan tazkirah atas iman / akhirat

o Bacaan Quran

o Zikir dan selawat

o Tatacara kehidupan sunnah

o Memberi / menjawab salam

o Makan minum, tidur dan lain-lain amalam secara sunnah

o Pengajaran Ilmu agama

o Bacaan sirrah dan sejarah sahabat

o Mengisahkan riwayat mulia Nabi-Nabi serta sahabat kepada anak-anak supaya mereka kenal akan wira sejati

o Kehidupan yang sederhana

*ISTERIKU, ANAK-ANAKKU DAN RUMAHKU – SYURGAKU*

125x125 Ads3

125x125 Ads3

Twitter Update

iklan di sini

125x125 Ads1

Welcome Message

http://www.irfankhairi.com/laporanX/ dffdf dfdfdfdfdf fdf dfd fdfdfdfdfdfdfetrerfdsfsdtw gswg srgrsgsgsfdgsfdgsdfgsgsdfg r rgr grgrgrg rg ewgsgr er

Sample widget

Categories